Tuesday, June 07, 2011

Duas for studies and exams

Assalamualaikum and Hello.

On behalf of Bass Committee, we would like to wish everyone ALL THE BEST for your exams.

Please practice a healthy lifestyle during the exam period. Make sure you have enough sleep especially the night before your exam and don't take too much caffeine or energy drinks! :)

I believe by now everyone has started doing revision for the upcoming exams. Last Sunday, we performed Sunnat Hajat Prayer and hopefully Allah will bless us and grant us success in our exams and life, Amin.  Insya Allah.

In preparing for our exams, here are some Duas to be recited by Muslims/Muslimah in hoping  for help and guidance from Allah, Insya Allah.



1.       Doa sebelum belajar : (supaya dimudahkan memahami dan hafalan):


“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”

2.       Doa Selepas Belajar : (supaya apa yang dipelajari tidak lupa)


“ Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”

3.      Doa supaya Dijauhkan Dari Sifat Sedih,Malas, Bakhil, Pengecut & dikelilingi hutang:


“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”

4.     Doa ketika menghadapi kesusahan dalam peperiksaan atau kehidupan:



Ertinya : “Ya Allah, tiada yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau mudahkan dan Engkau lah yang menjadikan yang susah itu mudah”



 Tata tertib seorang Islam dalam menuntut Ilmu

 Niat menuntut ilmu hendaklah semata-mata kerana Allah, Rasulullah bersabda 

Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [Hadis Riwayat Tarmizi]

·         Dari mula pembelajaran sehingga tamat peperiksaan hingga ketika menunggu keputusan, pergantunggan (Tawakkal kepada Allah) perlu ada, kerana semua Ilmu itu adalah kepunyaan Allah yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

·         Redha dengan apa pun jua keputusan selepas peperiksaan, kerana semuanya itu adalah takdir dan ketetapan Allah. Allah melihat pada kesungguhan usaha hambaNya, tidak semestinya pada Keputusan akhirnya.

**All the best, bittaufiq wannajah ~ semoga perjuangan kita semua diberkati dan mendapat redha Allah. 

“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang di jalan Allah sehingga ia kembali” (Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi)




By:  Nurul Ain Abu Bakar

No comments: