Saturday, October 08, 2011

Solat Hajat, Sems 2, 2011

Assalamualaikum W.B.T

Memandangkan pelajar-pelajar di bawah BASS akan menduduki peperiksaan akhir semester 2, 2011, maka sebagai salah satu insiatif utama kita bagi mendapat kejayaan dan mendapat berkah dengan ilmu-ilmu yang kita pelajari, dalami dan ketahui ialah dengan memohon keberkataan dan petunjuk dari Ilahi. Semoga apa yang kita pelajari selama ini dapat bermanfat bukan sahaja bagi diri kita, bahkan bagi ugama, Negara dan Bangsa yang tercinta.


Maka seperti tahun-tahun sebelum ini, adalah menjadi kebiasaan bagi warga BASS untuk mengadakan Sembahyang Hajat beramai-ramai. Majlis Sembahyang Hajat warga BASS akan diadakan selepas Sembahyang Maghrib berjemaah dan juga akan diteruskan dengan membaca Surah Yaasin beramai-ramai. Details bagi majlis tersebut adalah seperti berikut:


Date: 15th October 2011 (Sabtu)
Time: 07:00 pm
Location: Village Boys' apartment


Maka dengan ini dijemput semua warga BASS yang beragama Islam bagi menghadirkan diri ke Majlis tersebut dan sila bawa Sejadah dan juga buku Surah Yaasin bersama.


Sekian Disampaikan


#remarks: Also we would just be having a pot-luck hi tea. So if you have any snacks or finger foods to bring, just bring em yea


atttached : Duas for studies & Exam at http://bass-box.blogspot.com/2011/06/duas-for-studies-and-exams.html