Saturday, October 19, 2013

Khatam Al-Quran 1434H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelumnya, BASS sekali lagi menganjurkan Program Khatam Al-Quran secara berjemaah pada Ramadhan tahun ini 1434H/2013M.

Sehubungan dengan itu, Majlis Pembukaan Khatam Al-Quran telah diadakan pada 3hb Ramadhan bersamaan dengan 12hb Julai, bertempat di kediaman Nora-Sal-Qilah-Chyii di Forsyth Street.

Berikut adalah pembahagian ayat-ayat yg perlu dibaca oleh peserta-peserta yang seramai 28 orang.


Majlis Penutup Khatam Al-Quran telah diadakan pada 22hb Ramadhan bersamaan dengan 2hb Ogos 2013. Majlis dihadiri oleh tetamu kehormat, Tuan Yang Terutama Haji Zakaria, Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam di Australia, dengan diiringi oleh Cikgu Syed Rozman dan Tuan Abdul Pakar. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran warga BASS, yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam. Majlis diadakan di Sam Cracknell Pavillion, Level 1, UNSW.








Moga amalan kitani diterima Allah. Aamiin.

Terima Kasih Tuan Abdul Pakar untuk gambar-gambar di atas.

Sekian.
Wassalam,
AZ, BASS 2013

No comments: